“A’uu dzubillaa himinasy syaithaa nirrajiim…Bismillaahirrahmaani
ta, mereka akan berlari keluar umpama
cacingkepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian
bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allah hush
shamad. Lamyalid walam yuu-lad. walam yakul lahuu kufuwan ahad.)
sebanyak 3 kali.Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca
bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang
di rumah berilah salam karena malaikat rumah akan menjawab. Dirikanlah
sholat karena salam pertama (itu wajib) yang diucapkan pada akhir sholat
akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi
salam, seorang yang jarang sholat akan sukar menjawab salam tersebut.
Tetapi bagi mereka yang kerap sholat, amalan daripada salam yang diucap
di akhir sholat akan menolongnyamenjawab salam malaikat itu.Diriwayatkan
oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi
Wasallam:”Barang siapa membaca Qul huwallahu ahad 100,000 kali maka
sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang
menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahawa si
fulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah sesungguhnya ia adalah
pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari
neraka”. Inilah yang dinamakan membaca Qulhuwallahu ahad satu hatam
yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita
sehari.Sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam yang
bermaksud:Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia
meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan
selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya
dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke
syurga. (Demikianditerangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bertanya sebuah teka-teki kepada
umatnya. Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangkamasa
dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah
Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam
Qur’an dalam begitu cepat. Kemudiannya Sayyidina Ali
mengangkattangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa
yang dikatakannya itu.Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga
kali. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab dengan mengatakan
bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya
sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah
Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran karena itu sama dengan
membaca 30 juz Al-Quran.Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda:Ketika saya (Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi Wasallam) israk ke langit, maka saya telah melihat
‘Arasydi atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu
sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat
padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu
seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu
terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai
Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada
orang yang membaca surah Al-Ikhlasbaik ianya lelaki mahupun
perempuan.Sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam lagi:Demi Allah
yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di
sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap
malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat
Izrail a.s, Walam yakullahuu kufuwan ahad tertulis pada sayap malaikat
Israfil a.s. Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and
an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya
terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang
berikiutnya.Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nas pagi
dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.Catatan:Jika
sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu
ini kepada kawan-kawan yang lain. Sebagaimana sabda Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi Wasallam ‘Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara
yang akan dibawanya bersama :1) Sedekah/amal jariahnya2) Doa
anak-anaknya yang soleh3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya
kepada orang lain.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar