1. Alloh2. Ar-Rahman – Maha Pemurah3. Ar-Rahim – Maha Penyayang4. Al-Malik – Maha Merajai/Pemerintah5. Al-Quddus – Maha Suci6. As-Salam – Maha Penyelamat7. Al-Mu’min – Maha Pengaman8. Al-Muhaymin – Maha Pelindung/Penjaga9. Al-^Aziz – Maha Mulia/Perkasa10. Al-Jabbar – Maha Pemaksa11. Al-Mutakabbir – Maha Besar12. Al-Khaliq – Maha Pencipta13. Al-Bari’ – Maha Per
ancang14. Al-Musawwir –
Maha Menjadikan Rupa Bentuk15. Al-Ghaffar – Maha Pengampun16. Al-Qahhar
– Maha Menundukkan17. Al-Wahhab – Maha Pemberi18. Ar-Razzaq – Maha
Pemberi Rezeki19. Al-Fattah – Maha Pembuka20. Al-^Alim – Maha
Mengetahui21. Al-Qabid – Maha Penyempit Hidup22. Al-Basit – Maha
Pelapang Hidup23. Al-Khafid – Maha Penghina24. Ar-Rafi^ – Maha Tinggi25.
Al-Mu^iz – Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan26. Al-Muthil – Maha
Merendahkan27. As-Sami^ – Maha Mendengar28. Al-Basir – Maha Melihat29.
Al-Hakam – Maha Menghukum30. Al-^Adl – Maha Adil31. Al-Latif – Maha
Halusi32. Al-Khabir – Maha Waspada33. Al-Halim – Maha Penyantun34.
Al-^Azim – Maha Agong35. Al-Ghafur – Maha Pengampun36. Ash-Shakur – Maha
Pengampun37. Al-^Aliyy – Maha Tinggi Martabat-Nya38. Al-Kabir – Maha
Besar39. Al-Hafiz – Maha Pelindung40. Al-Muqit – Maha Pemberi
Keperluan41. Al-Hasib – Maha Mencukupi42. Aj-Jalil – Maha Luhur43.
Al-Karim – Maha Mulia44. Ar-Raqib – Maha Pengawas45. Al-Mujib – Maha
Mengabulkan46. Al-Wasi^ – Maha Luas Pemberian-Nya47. Al-Hakim – Maha
Bijaksana48. Al-Wadud – Maha Pencinta49. Al-Majid – Maha Mulia50.
Al-Ba^ith – Maha Membangkitkan51. Ash-Shahid – Maha Menyaksikan52.
Al-Haqq – Maha Benar53. Al-Wakil – Maha Berserah54. Al-Qawiyy – Maha
Memiliki Kekuatan55. Al-Matin – Maha Sempurna Kekuatan-Nya56. Al-Waliyy –
Maha Melinuingi57. Al-Hamid – Maha Terpuji58. Al-Muhsi – Maha
Menghitung59. Al-Mubdi’ – Maha Memulai/Pemula60. Al-Mu^id – Maha
Mengembalikan61. Al-Muhyi – Maha Menghidupkan62. Al-Mumit – Maha
Mematikan63. Al-Hayy – Maha Hidup64. Al-Qayyum – Maha Berdiri Dengan
Sendiri-Nya65. Al-Wajid – Maha Menemukan66. Al-Majid – Maha Mulia67.
Al-Wahid – Maha Esa68. As-Samad – Maha Diminta69. Al-Qadir – Maha
Kuasa70. Al-Muqtadir – Maha Menentukan71. Al-Muqaddim – Maha
Mendahulukan72. Al-Mu’akhkhir – Maha Melambat-lambatkan73. Al-’Awwal –
Maha Pemulaan74. Al-’Akhir – Maha Penghabisan75. Az-Zahir – Maha
Menyatakan76. Al-Batin – Maha Tersembunyi77. Al-Wali – Maha Menguasai
Urusan78. Al-Muta^ali – Maha Suci/Tinggi79. Al-Barr – Maha Bagus (Sumber
Segala Kelebihan)80. At-Tawwab – Maha Penerima Taubat81. Al-Muntaqim –
Maha Penyiksa82. Al-^Afuww – Maha Pemaaf83. Ar-Ra’uf – Maha Mengasihi84.
Malik Al-Mulk – Maha Pemilik Kekuasaan85. Thul-Jalali wal-Ikram – Maha
Pemilik Keagungan dan Kemuliaan86. Al-Muqsit – Maha Mengadili87.
Aj-Jami^ – Maha Mengumpulkan88. Al-Ghaniyy – Maha Kaya Raya89. Al-Mughni
– Maha Penberi Kekayaan90. Al-Mani^ – Maha Membela/Menolak91. Ad-Darr –
Maha Pembuat Bahaya92. An-Nafi^ – Maha Pemberi Manfaat93. An-Nur – Maha
Pemberi Cahaya94. Al-Hadi – Maha Pemberi Petunjuk95. Al-Badi^ – Maha
Indah/Tiada Bandingan96. Al-Baqi – Maha Kekal97. Al-Warith – Maha
Membahagi/Mewarisi98. Ar-Rashid – Maha Pandai/Bijaksana99. As-Sabur –
Maha Penyabar (fadhilat ini Diambil dari buku Khasiat Asmaul-Husna &
Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran
Pustaka Ilmi).1. “Ya Allah!” apabila dizikirkan 500 x setiap malam,
lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat
mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.2.
“Ya Rahman!” apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x,
maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa
& gugup akan hilang dengan izin Allah.3. “Ya Rahim!” apabila
dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai
daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih
serta sayang terhadap kita.4. “Ya Malik ” apabila dizikirkan sebanyak
121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala
perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat &
kekayaan yang diredhai Allah.5. “Ya Quddus!” apabila dizikirkan sebanyak
100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan
terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki
dll.6. “Ya Salam!” apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani
& rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan
menjadi segar sihat & sejahtera.7. “Ya Mukmin!” apabila dizikirkan
sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan
yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan
yang merosakkan.8. “Ya Muhaimin!” apabila dizikirkan sebanyak 145 x
sesudah solat fardhuIsyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan
menjadi terang & bersih.9. “Ya ‘Aziz!” apabila dizikirkan sebanyak
40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang
mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.10.”Ya Jabbar!” apabila
dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi
tunduk & patuh dengan izin-Nya.11. “Ya Mutakabbir!” apabila
dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita
akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu
yg setia.12.”Ya Khaliq!” dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x,
InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran ,
amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap
(faham).13.”Ya Baarii’!” sekiranya kita berada didalam kesukaran atau
sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut,
InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit
tersebut.14.”Ya Musawwir!” sekiranya seorang isteri yang sudah lama
belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7
hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil
segelas air & dibacakan “Ya Musawwir” sebanyak 21 x, kemudian
diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah
berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari.
Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x,
InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.15.”Ya Ghaffaar!” sambil
beri’tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini
sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah
akan diampunkan dosa-dosa kita.16.”Ya Qahhaar!” dizikir menurut
kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari
ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang
selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.17. “Ya Wahhaab!”
dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu
didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam
soal apa pun akan hilang.18. “Ya Razzaq!” dizikir mengikut kemampuan
sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah
akandipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan
datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang
zahir.19. “Ya Fattah!” dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat
subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah
menerima nasihat agama.20. “Ya ‘Aalim!” dizikir sebanyak 100 x setiap
kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang
sempurna.21. “Ya Qaabidhu!” dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya
akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk
ancaman.22. “Ya Baasithu!” Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2
lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan
membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.23.
“Ya Khaa’fidh!” dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan
suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan
Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh
martabatnya.24. “Ya Raafi!” dizikirkan setiap hari, baik siang atau
malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di
kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari
kecurian.25. “Ya Mu’izz!” dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya
Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua
jabatan atau perniagaan.26. “Ya Muzill!” Perbanyakkanlah zikir ini
setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk
memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar
hutangnya kembali.27. “Ya Samii’!” Sekiranya inginkan doa kita makbul
& pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari
menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa
akan mustajab.28. “Ya Bashiir!” Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat
Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak &
selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.29. “Ya Hakam!”
dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci,
InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu
agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.30. “Ya
Adllu!” dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5
waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.31. “Ya Lathiif!”
Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi
para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi
laris & maju.32. “Ya Khabiir!” Dengan memperbanyakkan zikir ini
setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan
maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman
atau anak yang telah terpisah sekian lama.33. “Ya Haliim!” Dizikirkan
sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai
kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah
dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau
tergugat.34. “Ya ‘Aziim!” dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk
orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akansembuh. Juga
apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada
seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin,
jin syaitan & sebagainya.35. “Ya Ghafuur!” bagi orang yang
bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa
& beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima
taubatnya oleh Allah.36. “Ya Syakuur!” dizikirkan sebanyak 40 x sehabis
solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah
semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita
mempunyai hajat yang penting & terdesak.37. “Ya ‘Aliy!” Untuk
mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x
(** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada
air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama
kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi.
InsyaAllah mujarab.38. “Ya Kabiir!” Bagi seseorang yang kedudukannya
telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir
ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci
sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud
atau hajat).39. “Ya Hafiiz!” dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita
akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita
berada di dalam hutan.40. “Ya Muqiit!” Sekiranya kita berada di dalam
kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja
sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan
zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana
rasa lapar akan hilang.41. “Ya Hasiib!” Untuk memperteguhkan kedudukan
yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari
terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan
kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.42. “Ya Jaliil!” Barangsiapa
mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah
kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan – perniagaan akan
bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan
kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan
izin Allah.43. “Ya Kariim!” Untuk mencapai darjat yang tinggi &
mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak
280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat
mereka yang mengamalkan zikir ini.44. “Ya Raqiib!” Bagi meminta
pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan,
maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang
yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga
terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal
& yakinlah kepada Allah. InsyaAllah….45. “Ya Mujiib!” Sesungguhnya
Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab
& selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak
55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.46.
“Ya Waasi!” Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak
128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang
berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah
Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.47. “Ya
Hakiim!” Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini
setiap hari, InsyaAllah akalnya akanmenjadi cerdas & lancar didalam
menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x
setiap hari.48. “Ya Waduud!” Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada
setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib
baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam
keadaan harmoni49. “Ya Majiid!” Untuk ketenteraman keluarga di mana
setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati &
khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99
x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh
muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi &
menghormati kita sebagai ketua keluarga.50. “Ya Baa’its!” Zikirkan
sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan
memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.51. “Ya Syahiid!”
Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan
sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam
sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.52. “Ya
Haq”! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali
untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.53.
“Ya Wakiil” Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau
terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah
bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.54.
“Ya Qawiy!” Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar
apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si
zalim.55. “Ya Matiin!” Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana
ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk
mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.56.
“Ya Waliy!” Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan,
maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana
dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang
gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.57. “Ya Hamiid!”
Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang
paling berhak menerima segala pujian.58. “Ya Muhshiy!” Sekiranya kita
inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat
dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin
sesudah solat 5 waktu.59. “Ya Mubdiu!” Agar segala apa yang kita
rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap
hari.InsyaAllah….60. “Ya Mu’id!” Andai ada anggota keluarga yang
menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x
setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.61.
“Ya Muhyiy!” amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah
kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.62. “Ya
Mumiit!” Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan
dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.63. “Ya
Hayyu!” Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani
kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.64. “Ya Qayyuum!” Telah berkata
Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak
lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa,
ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka
berzikirlah dgn “Ya Hayyu Ya Qayyuum…” sebanyak 1,000 x setiap malam
atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah
akan tercapai segala hajat.65. “Ya Waajid!” Andai berkeinginan
keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian,
maka perbanyakkan zikir ini.66. “Ya Maajid!” Demi kecerdasan otak dan
agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar
tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.67. “Ya Waahid!” Bagi
pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk
menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai
menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga
hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah…68. “Ya Somad!”
Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka
pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah,
diri akan berasa segar & sentiasa.69. “Ya Qaadir!” Apabila kita
berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini
sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.70.
“Ya Muqtadir!” Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari
berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa
mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan
mempercepatkan keberhasilan hajat kita.71. “Ya Muqaddim!” Menurut Imam
Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata “Barangsiapa yang berzikir
dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala
usahanya akan berhasil”.72. “Ya Muahkhir” Bagi meninggikan lagi ketaatan
kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.73. “Ya Awwal!”
Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari,
InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.74. “Ya
Aakhir!” Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama
satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.75.
“Ya Dhaahir!” Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu
di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya
dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman
ilmu.76. “Ya Baathinu!” Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30
x sesudah solat fardhu.77. “Ya Waaliy!” Memperbanyakkan zikir ini
setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang
yang ma’rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali
Allah selalu memperbanyakkan zikir ini78. “Ya Muta’aAliy!” Sekiranya
kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka
yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin
sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya
& segala hajat yang penting-penting akan berhasil.79. “Ya Bar!”
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa
yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.80. “Ya Tawwaab!” Bagi
orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah
memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali
ke jalan yang lurus.81. “Ya Muntaqim!” Jika kita berhadapan dengan
orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita,
maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat
fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah.82. “Ya
‘Afuww!” Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan
diampuni segala dosanya oleh Allah.83. “Ya Rauuf!” Bagi sesiapa yang
inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang
memandangnya,amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang
mahupun malam.84. “Ya Maalikul Mulki!” Seseorang pengarah atau ketua
yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat,
hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat
fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan
mendapat pertolongan Allah.85. “Ya Zul Jalaali wal Ikraam!” Amalkanlah
zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala
hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.86. “Ya Muqsith!”
Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan
menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.87. “Ya
Jaami’!” Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang
lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap
hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin
Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang
singkat.88. “Ya Ghaniy!” Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak
mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil &
kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.89. “Ya Mughniy!”
Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat
kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat
kita akan tercapai.90. “Ya Maani’!” Andai kita selalu mengamalkan zikir
ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap
hari,InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim &
suka membuat angkara 91. “Ya Dhaarr!” Asma ini sangat berguna didalam
ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama
dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah
zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar
ini penyaki itu akan cepat sembuh.92. “Ya Naafi’ “! Menurut Imam Ahmad
Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi
orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan
dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.93. “Ya Nuur!” Menurut
Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki
kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik
kebaikan dunia mahupun kebaikan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu
berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.94. “Ya Haadiy!” Bagi
sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia
tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan
zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas
dari kesesatan tersebut.95. “Ya Baadii!” Andai kita mempunyai rancangan
yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya
& berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x
selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan
hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.96. “Ya Baaqy!”
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu,
InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca
rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau
bankrap dengan berkat zikir ini.97. “Ya Waarits!” Sekiranya kita
berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya
segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam
berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini
Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan
baik & memberangsangkan.98. “Ya Rasyiid!” Walaupun kita tergolong
didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak
mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.99. “Ya
Shabuur!” Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka
perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar &
penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan
mencapai kejayaan
Tidak ada komentar:
Posting Komentar