11 GOLONGAN AHLI NERAKA
Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-
"Yaitu... hari (yang pada waktu itu) ditiup
sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."
Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas
pernah ditanyakan
oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya
Rasulullah, apa maksudnya ayat
ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab
soalan tersebut
kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda.
Lalu baginda
menjawab:
"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur
akan menjadi 12
golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan
hanya 1 golongan
sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan
yang memasuki neraka
adalah seperti berikut:-
1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini
adalah kerana
mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.
2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi
orang yang suka
melengah-lengahkan solat lima waktu.
3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi
dengan ular
dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan
mengeluarkan zakat.
4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan
mereka yang
berdusta.
5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah
balasan
mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas
penipuan.
6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu.
Ini adalah
balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan
jahat.
7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar
nanah dan
darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu
menyaksikan
kebenaran.
8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala
dibawah dan
kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina
serta mati
sebelum bertaubat.
9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya
penuh api.
Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara
zalim.
10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain
yang
menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani
melawan kedua
ibu bapanya.
11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti
tanduk,
bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan
pehanya keluar
kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.
Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:
Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di
atas
titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang
yang beramal salih
dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu
dan mati
dalam keadaan bertaubat."
Wallahu’alam….
[ Read More.. ]